Isnin, 27 April 2009

Isnin, 20 April 2009

GURINDAM BUAT SANG KIJANG

18/4 tercipta sejarah paling indah..
Dalam samar masih ada sinar yang cerah..
Setelah hati dirawan gundah..
Bangkit persis pahlawan yang gagah..
Kuburkan si rusa di kandang sendiri..
Hanya kemboja peneman sepi..
Lalang lalang tegak nya berdiri..
Bagai meratap sendu dihati..
Bisa Sang Kijang lincah dikandang..
Semangat melawan berjuang tak pernah hilang..
Lahir harapan setelah dirundung malang..
Meniti kemanisan di medan perang..
25/4 merintis gemilang.
Buat Sang Kijang sayang di sayang..
Tekadkan hasrat terus berjuang..
Persada indah namamu kan di julang..
Detik di nanti debar dihati..
Resah meresah berdegup pasti..
Biar nyawa terhenti mati..
Bara digengam menjadi api..
Olek olek sang Kijang ku sayang..
Di pentas akhir menari garang..
Kebumi Gergasi menrintis kejayaan..
Piala FA erat dalam dakapan..
(sumber kelate.net)

Ahad, 19 April 2009

FINAL PIALA FA


Berdekad menanti akhirnya hadir jua saat ini..saat yang penuh emosi tanpa disedari titisan airmata mengalir lesu dipipi..Airmata tanda kesyukuran setelah melalui pelbagai dugaan rupa rupanya ada anugerah tanda kesabaran dibalik palitan sejarah hitam yang menitik titik titik dosa meragut jantung hati ..Bagai tiada kata yang mampu mengunkap bicara setelah 39 tahun mengayam mimpi kini bertamu di alam nyata..Berkat semarak semangat yang terpintal tak rebak dijiwa walau dipalu dengan kata kata nista..semangat pahlawan Tok Janggut masih kuat menebal merantai kukuh jiwa yang membara membakar urat urat nadi yang berani menjelma watak sang adiwira "RED WARRIORS"tersemat didada..Hanya sebatas ini yang mampu menghalang kita untuk mengukir indah mimpi yang di angankan selama ini..hanya sebatas ini yang harus diharungi untuk melihat indah jalur pelangi yang menghiasi dalam lipatan diari..hanya sebatas ini untuk kita lalui dalam mencari semula harga diri..kerana sebatas ini cukup menguji Ayuh!!RED WARRIORS!!!Biarlah darah merah yang mengalir dalam urat urat nadi ialah darah pahlawan sejati pahlawan yang berani mati..tiada gentar walau nyawa menjadi galang ganti..selagi sedenyut nadi tidak terhenti ..selagi itulah jejak jejak ini harus kau takluki..Berjuanglah hingga ke titisan darah yang terakhir kerna pasti di hunjung sana indah namamu kan terukir nanti ..Sebatas ini cukup untuk kita mencipta sejarah yang bakal memahat dalam lipatan..indah KELATE KU disanjung bukan lagi hinaan dan cercaan.. Selamat berjuang ..kami sentiasa dibelakang..kala mendung atau gerimis mengundang..kerna percaya setiap yang berlaku mungkin ada anugerah dari Tuhan..kerana mungkin inilah ANUGERAH DARI SEJARAH HITAM

(Sumber kelate.net)

Ahad, 12 April 2009

KEMERIAHAN BOLASEPAK KELANTAN

KELANTAN VS SELANGOR
Stadium Nasional Darul Naim
11 April 2009
Kelantan membuktikan walaupun ditimpa bermacam masalah, tetapi tetap bersemangat memberi cabaran dalam memburu mahkota Liga Super 2009. Terima kasih di atas komitmen pemain2 dan pihak pengurusan. Kami sebagai anak negeri begitu bangga dan kami akan berada di belakang pasukan dengan memberi sokongan yang tidak berbelah bagi.
Terima Kasih semua.....





Sebahagian reaksi penyokong setia Pasukan Kebanggaan Kami
KELANTAN DARUL NAIM
THE RED WARRIORS
(sumber dari kelate.net)

Khamis, 9 April 2009

KUTIPAN DERMA UNTUK MANGSA RUSUHAN PENYOKONG BOLA SEPAK KELANTAN (MUHAMAD HUZAIFAH MOHD NOOR)

BERSAMA-SAMA KITA MENGHULURKAN BANTUAN UNTUK MERINGANKAN BEBANAN BELIAU



Kasih ibu...

Mohammad Huzaifah Mohd Noor baru berusia 18 tahun dan masih menuntut di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kota Bharu.Remaja dari Kedai Lalat, Kota Bharu ini sering membantu sepupunya, Abdul Rahman Hussein, berniaga minuman di perkarangan Stadium Sultan Muhammed IV setiap kali perlawanan bola sepak bagi mencari duit poket untuk dibuat belanja harian.Malam Selasa lalu adalah detik hitam dalam hidupnya. Masa depannya kini gelap… segelap pandangannya sebelah matanya yang disahkan buta kerana dipercayai terkena serpihan kelonsong dari gas pemedih mata yang dilepaskan polis bagi menyuraikan rusuhan penonton di luar stadium itu.Ketika itu, dia sedang mengemas barangan jualan di gerai minuman yang terletak kira-kira 100 meter dari tempat perusuh membakar motosikal dan kenderaan polis selepas perlawanan antara Kelantan dengan Negeri Sembilan.Semasa bersiap untuk pulang, tiba-tiba satu objek dipercayai serpihan kelonsong itu melayang laju dan menembusi mata kanannya. Pandangannya menjadi gelap… dia kemudian rebah dan berada dalam keadaan separuh sedar sebelum dipapah ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan kecemasan.Namun segalanya sudah terlambat… pembedahan yang dijalankan selama 6 jam masih tidak mampu menyelamatkan sebelah deria penglihatannya itu.Ibunya, Kamariah Hussin, 60, hanya mampu menangis… menangis kerana mengenangkan nasib dan masa depan anak tersayang…
(Sumber dari kelate.net)

Rabu, 8 April 2009

RUSUHAN PENYOKONG BOLA SEPAK DI KOTA BHARU

ASSALAMULAIKUM WBT…

SAYA MEWAKILI RIBUAN MALAHAN JUTAAN RAKYAT KELANTAN AM MEMOHON KEMAAFAN KEPADA SEMUA DI ATAS KEKECOHAN YANG BERLAKU SEMASA SEPARUH AKHIR PERTAMA PIALA FA DI STADIUM SULTAN MOHAMMAD KE4. TETAPI PADA HAKIKATNYA HANYA SEGELINTIR SAHAJA PEMINAT YANG BERSIKAP DEMIKIAN BAB KATA PEPATAH KERANA NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGA. MALAHAN PIHAK PENGURUSAN PERSATUAN BOLA SEPAK AMATUR KELANTAN (KAFA) JUGA TIDAK BOLEH DIPERSALAHKAN, KERANA KES INI BERLAKU DI LUAR STADIUM DAN DILUAR KAWALAN PIHAK KAFA. BAGI SAYA PIHAK KAFA TELAH BERTINDAK SEBAIK MUNGKIN DENGAN MENYEDIAKAN PIHAK BERKUASA YANG MENCUKUPI CUMA PERKARA YANG BERLAKU DI LUAR JANGKAAN. PADA PANDANGAN SAYA PIHAK MEDIA HARUSLAH MEMAINKAN PERANAN YANG PENTING DAN BUKAN SAHAJA MENUDING JARI KEARAH PENYOKONG KELANTAN DAH JUGA PIHAK PENGURUSAN KAFA. PERLU LA KITA MENCARI PUNCANYA, MESTI ADA KETIDAK PUASAN PENYOKONG YANG MENYEBABKAN MEREKA BERSIKAP DEMIKIAN. SAYA JUGA TIDAK NAFIKAN MUNGKIN DISEBABKAN FAKTOR KEKALAHAN YANG MENJADI PUNCA, TP BAGI SAYA ITU HANYALAH FAKTOR SAMPINGAN SAHAJA. SEBENARYNA PUNCA KEKECOHAN INI BERMULA LAGI SEWAKTU PERLAWANAN LIGA SUPER TEMPOH HARI.
ANTARA FAKTOR-FAKTOR YANG PERLU DI AMBIL KIRA IALAH:

1. MUTU PENGADILAN YANG TERUK (SEPATUTNYA FAM MENELITI RAKAMAN PERLAWANAN DAN BUKANNYA MENJATUHKAN HUKUMAN TANPA USUL PERIKSA (surat tunjuk sebab kepada Presiden KAFA).
· Terbawa-bawa dari Perlawanan liga super antara Kelantan dan N9

2. TIADA SEMANGAT KESUKANAN YANG DITUNJUKAN OLEH PEMAIN NEGERI SEMBILAN (BANYAK ADEGAN LAKONAN DAN MELAMBATKAN PERMAINAN )

3. DENGAN SEGAJA MEMBUAT PROVOKASI DENGAN PERKATAAN YANG TIDAK SOPAN

4. FAKTOR HALIM NAPI (PIHAK FAM MAHUPUN KAFA HARUSLAH MENGKAJI KENAPA HALIM BERSIKAP DEMIKIAN KE ATAS AIDIL BUKAN KE ATAS PEMAIN NEGERI SEMBILAN YANG LAIN
*Mesti ada sebabnya kan. (mungkin provokasi dari Aidil terlalu melampau ataupun ada tindakan daripada Aidil yang mencetuskan kemarahan Halim.

DIHARAP PIHAK FAM DAN MEDIA MENGAMBIL PERDEKATAN YANG PALING POSITIF DEMI MEMARTABKAN MARUAH BOLASEPAK NEGARA DAN BUKANNYA TERUS MENUNDING JARI KERAH PENYOKONG KELANTAN SAHAJA TETAPI SEHARUSNYA MENCARI PUNCA YANG SEBENARNYA KEKECOHAN TERSEBUT..SEKAIN TERIMA KASIH..




Rabu, 1 April 2009

KELANTAN VS SELANGOR (LIGA SUPER)

Sebahagian gelagat penyokong2 kelantan yang membajiri stadium Shah Alam. Begitu bangga rase nya diriku kerana dpat bersama2 memeriahkan lg suasana malam itu..walapun jauh beratus KM tp semangat semua amat aku kagumi.. syabas n tahniah semua, semoga situasi sebegini diteruskan lagi demi memartabkan lagi maruah negeri tercinta kita...
KELANTAN DARUL NAIM......

penuh beb.....

Tangan siapakah yang bertuah ini...

Gelombang gomo kelate gomo


Bendera KemegahanKu

Semangat beb


"gomo kelate gomo"

sesak

Petang sebelum games
(riadah dlu beb)