Khamis, 9 April 2009

KUTIPAN DERMA UNTUK MANGSA RUSUHAN PENYOKONG BOLA SEPAK KELANTAN (MUHAMAD HUZAIFAH MOHD NOOR)

BERSAMA-SAMA KITA MENGHULURKAN BANTUAN UNTUK MERINGANKAN BEBANAN BELIAU



Kasih ibu...

Mohammad Huzaifah Mohd Noor baru berusia 18 tahun dan masih menuntut di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kota Bharu.Remaja dari Kedai Lalat, Kota Bharu ini sering membantu sepupunya, Abdul Rahman Hussein, berniaga minuman di perkarangan Stadium Sultan Muhammed IV setiap kali perlawanan bola sepak bagi mencari duit poket untuk dibuat belanja harian.Malam Selasa lalu adalah detik hitam dalam hidupnya. Masa depannya kini gelap… segelap pandangannya sebelah matanya yang disahkan buta kerana dipercayai terkena serpihan kelonsong dari gas pemedih mata yang dilepaskan polis bagi menyuraikan rusuhan penonton di luar stadium itu.Ketika itu, dia sedang mengemas barangan jualan di gerai minuman yang terletak kira-kira 100 meter dari tempat perusuh membakar motosikal dan kenderaan polis selepas perlawanan antara Kelantan dengan Negeri Sembilan.Semasa bersiap untuk pulang, tiba-tiba satu objek dipercayai serpihan kelonsong itu melayang laju dan menembusi mata kanannya. Pandangannya menjadi gelap… dia kemudian rebah dan berada dalam keadaan separuh sedar sebelum dipapah ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan kecemasan.Namun segalanya sudah terlambat… pembedahan yang dijalankan selama 6 jam masih tidak mampu menyelamatkan sebelah deria penglihatannya itu.Ibunya, Kamariah Hussin, 60, hanya mampu menangis… menangis kerana mengenangkan nasib dan masa depan anak tersayang…
(Sumber dari kelate.net)

Tiada ulasan: