Selasa, 19 Mei 2009

NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGA

KEHEBATAN Kelantan di awal musim begitu ketara.
Nama skuad Kijang dan barisan pemain sentiasa meniti di bibir para peminat.Stadium Sultan Mohammad Ke-IV yang hampir sedekad menyepi kembali bergelora apabila setiap kali perlawanan melibatkan pasukan Kelantan, tidak kurang 20,000 penyokong akan membanjiri stadium keramat itu. Sejak musim 2008, stadium tersebut menjadi kubu kuat pasukan Kelantan kerana mereka hanya tiga kali tewas iaitu kepada Kuala Muda Naza dalam saingan Piala FA 2008 dan dan Liga Super serta Piala FA musim 2009 kepada Negeri Sembilan. Reputasi tersebut dan suasana stadium yang dipenuhi 'tentera merah' cukup menggerunkan mana-mana pasukan pelawat yang hadir ke Kota Bharu. Malah, ketika itu penyokong Kelantan berani mendabik dada, setiap kali sebelum perlawanan bermula lagi mereka dengan yakin dan pasti menyatakan pasukan mereka akan menang cuma jumlah jaringan sahaja tidak diketahui.Insiden keganasan penyokong di Kota Bharu pada 7 April lalu seakan merenggut setiap denyut nadi penyokong setia sang Kijang. Stadium keramat mereka digantung hingga 31 Disember 2009 oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang dilihat mengambil keputusan yang terlalu drastik. Dua hari selepas insiden tersebut berlaku, FAM terus membuat keputusan tersebut yang terlalu pahit untuk diterima oleh pemain, pengurusan serta seluruh peminat pasukan Kelantan. Dengan kepahitan itu juga Kelantan melangkah ke pentas akhir Piala FA 2009 pada 25 April lalu sebelum tunduk kepada Selangor dalam penentuan sepakan penalti. Bagaimanapun, onak dan duri perjalanan Kelantan semakin sukar apabila seminggu kemudian mereka tunduk kepada Negeri Sembilan di Paroi. Selang tiga hari kemudian mereka tewas sekali lagi kepada Johor FC di venue yang dipinjamkan kepada mereka dan terbaru mereka dibenam Perlis di Kangar, Sabtu lalu. STADIUM Sultan Mohammad Ke-IV sentiasa dipenuhi penyokong Kelantan setiap kali perlawanan membabitkan pasukan kesayangan mereka itu. Suara-suara penyokong mula timbul apabila mereka menyalahkan badan induk bola sepak tanah air itu yang menyebabkan para pemain Kelantan kepenatan sehingga menyumbang kepada prestasi yang turun mendadak.
Pemain dan pihak pengurusan terpaksa mengharungi perjalanan beratus-ratus kilometer sama ada untuk bermain di tempat lawan mahupun gelanggang sendiri yang dipinjamkan. Sebagai contoh, mereka ke Kangar, Jumaat lalu untuk menentang Perlis dan sebaik perlawanan berakhir mereka bergegas pulang ke Kota Bharu dengan menaiki bas. Semalam, mereka terpaksa ke Kuala Lumpur untuk perlawanan menentang Perlis sekali lagi di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini. Penyokong mula mempersoalkan tindakan kurang bijak FAM itu dengan alasan kononnya untuk memberi pengajaran kepada peminat yang 'kurang ajar'. Bak kata pepatah: "Kerana nila setitik rosak susu sebelanga." Demikian yang berlaku kepada peminat setia pasukan Kelantan apabila hak mereka untuk menyaksi- kan pasukan kesayangan mereka beraksi musnah sama sekali. Ini ekoran sikap dan tindakan sebahagian kecil penyokong yang hilang pertimbangan sehingga insiden 7 April lalu tercetus. Namun, sebahagian besar peminat bola sepak Kelantan masih menaruh harapan supaya FAM dapat mempertimbangkan dengan sewajarnya serta menarik balik tindakan tersebut.Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa pernah mengeluarkan kenyataan sebaik keputusan diumumkan FAM. Katanya, FAM adalah badan induk bola sepak Malaysia dan boleh dianggap sebagai 'bapa' dan Kafa pula adalah badan yang bernaung di bawahnya dan diandaikan sebagai anak."Kalau hendak mengajar anak, jangan tampar sampai mati," tegurnya sinis. 'Kerja-kerja' yang dilakukan oleh Kafa untuk menarik penyokong ke stadium sudah bermula sebaik tirai Liga Malaysia musim 2008 berakhir lagi bagi menyahut seruan FAM mengembalikan martabat bola sepak negara. GARA-gara rusuhan di Stadium Sultan Mohammad Ke-IV, skuad Kelantan terpaksa bermain di gelanggang luar. Mereka mula membentuk sebuah pasukan yang terbaik dengan membawa jurulatih yang terbaik serta beberapa pemain yang berstatus bintang. Hasilnya, bola sepak di Kelantan menjadi topik hangat hampir setiap hari oleh seluruh rakyat Kelantan dan kehadiran penonton ke stadium juga antara yang teramai berbanding negeri-negeri lain. Namun, insiden-insiden seumpama inilah cabaran yang perlu dilihat FAM apabila penyokong mula membanjiri stadium dan menjadi fanatik kepada pasukan mereka. -Ihsan dari kosmo

Tiada ulasan: