Khamis, 5 November 2009

1 Kelantan


Sungguh unik orang Kelantan, walaupun berbeza politik mereka mampu berbincang untuk kepentingan negeri. Itu mesej yang dapat dilihat apabila hubungan mesra Tok Guru Nik Aziz dan Dato Anuar Musa dalam membantu dan membangunkan Pasukan Bolasepak negeri yang kini berada dikemuncak prestasi terbaik mereka.

Orang Kelantan bukan tidak kenal dengan Anuar Musa bekas Adun Ketereh dan kini sebagai pengerusi KADA sebagai UMNO totok. Dan umum juga mengetahui bagaimana Tok Guru Nik Aziz diangap sebagai ikon PAS mengalahkan imej Presiden Tok Guru Haji Hadi Awang.

Namun atas satu bendera yang sama mereka berganding bahu mengerah kudrat yang ada untuk memastikan Bolasepak Kelantan menjadi cemerlang.

Sesunguhnya kejayaan Kelantan mara ke Perlawanan akhir Piala Malaysia tahuh ini adalah disebabkan kesatuan fikiran yang ada antara Anuar Musa dan Tok Guru Nik Aziz. Walaupun kedua pihak boleh mengambil jalan untuk berkonfrotasi dengan mendakwa mereka yang terbaik, namun itu bukan cara yang diambil. Dengan rasa rendah diri kerajaan negeri melontarkan ucapan tahniah kepada Anuar musa sejurus pasukan Kelantan melangkah ke perlawanan akhir, manakala Anuar Musa merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana memberi sokongan. Bukan senang sebenarnya untuk mengungkapkan perkataan tersebut dalam politik, tetapi melalui sukan ia tidak mustahil dilakukan.

Mungkin ini sebenarnya mesej yang ingin disampaikan oleh Perdana Menteri Najib Tun Razak melaui idea 1 Malaysia, apabila kita bersatu apa sahaja halangan akan dapat diatasi. 1 Malaysia kini seakan sudah diterjemahkan oleh rakyat Kelantan melalui sokongan tidak berbelah bahagi mereka kepada pasukan bolasepak mereka. Perkara yang remeh diketepikan dan yang utama didahulukan.

Yang pasti sabtu ini Tentera Merah akan menguasai alunan suara yang ada di Stadium Nasional Bukit Jalil, berdasarkan pembelian tiket oleh penyokong Kelantan.Tanpa menagih simpati ihsan mereka sanggup menghabiskan duit untuk membeli tiket dan membeli minyak kereta untuk membelah banjaran titiwangsa untuk menyokong pasukan mereka. Sedangkan dinegeri Sembilan jarak antara lokasi Seremban dan Stadium Bukit jalil tidak sampai satu jam pun.

Namun berdasarkan kenyataan dikeluarkan Pengurusan Bolasepak Negeri Sembilan melalui media, jualan tiket begitu lembab dan mungkin hanya 20,000 ribu sahaja yang akan berkunjung ke Stadium Bukit Jalil. Manakala beberapa penyokong Negeri Sembilan di Portal intenet menyatakan mereka kecewa kerana peminat Negeri Sembilan terlalu manja kerana terlalu bergantung dengan kemudahan pengangkutan percuma dan tiket percuma.

Seharusnya wujud kecemburuan kepada pasukan lain mengenai terujanya penyokong Kelantan keatas pasukan mereka. Sekiranya ini cerminan fanatik orang Kelantan kepada pasukan mereka ia mencerminkan orang Kelantan mempunyai jatidiri yang tinggi, sehingga sanggup bersusah payah memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada pasukan mereka. Mereka pantang diusik atau dihina seakan watak semangat nasionalisme yang ada pada orang Indonesia.
Kini disebabkan sokongan rakyat Kelantan kantung KAFA berisi dan mampu membiayai pengurusan pasukan dan memijak kaki ke perlawanan akhir. Bukan senang sebenarnya pasukan hanya bergantung kepada hasil jualan tiket untuk menguruskan pasukan namun Kelantan telah membuktikannya.

Mungkin selepas kini ada sesuatu yang dapat diperlajari oleh kita melalui pasukan Red Wariors ini, hasil semangat 1 Kelantan yang dipelopori oleh meraka. Seperti kata Irfan bakti jurulatih Perlis, “penyokong Kelantan tak ubah seperti penyokong England dalam memberi sokongan kepada pasukan mereka, dan situasi itu hanya ada di Kota Bharu sahaja”.


(di petik daripada http:// neutraldaily.blogspot.com)

Tiada ulasan: