Khamis, 5 November 2009

1 Kelantan


Sungguh unik orang Kelantan, walaupun berbeza politik mereka mampu berbincang untuk kepentingan negeri. Itu mesej yang dapat dilihat apabila hubungan mesra Tok Guru Nik Aziz dan Dato Anuar Musa dalam membantu dan membangunkan Pasukan Bolasepak negeri yang kini berada dikemuncak prestasi terbaik mereka.

Orang Kelantan bukan tidak kenal dengan Anuar Musa bekas Adun Ketereh dan kini sebagai pengerusi KADA sebagai UMNO totok. Dan umum juga mengetahui bagaimana Tok Guru Nik Aziz diangap sebagai ikon PAS mengalahkan imej Presiden Tok Guru Haji Hadi Awang.

Namun atas satu bendera yang sama mereka berganding bahu mengerah kudrat yang ada untuk memastikan Bolasepak Kelantan menjadi cemerlang.

Sesunguhnya kejayaan Kelantan mara ke Perlawanan akhir Piala Malaysia tahuh ini adalah disebabkan kesatuan fikiran yang ada antara Anuar Musa dan Tok Guru Nik Aziz. Walaupun kedua pihak boleh mengambil jalan untuk berkonfrotasi dengan mendakwa mereka yang terbaik, namun itu bukan cara yang diambil. Dengan rasa rendah diri kerajaan negeri melontarkan ucapan tahniah kepada Anuar musa sejurus pasukan Kelantan melangkah ke perlawanan akhir, manakala Anuar Musa merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana memberi sokongan. Bukan senang sebenarnya untuk mengungkapkan perkataan tersebut dalam politik, tetapi melalui sukan ia tidak mustahil dilakukan.

Mungkin ini sebenarnya mesej yang ingin disampaikan oleh Perdana Menteri Najib Tun Razak melaui idea 1 Malaysia, apabila kita bersatu apa sahaja halangan akan dapat diatasi. 1 Malaysia kini seakan sudah diterjemahkan oleh rakyat Kelantan melalui sokongan tidak berbelah bahagi mereka kepada pasukan bolasepak mereka. Perkara yang remeh diketepikan dan yang utama didahulukan.

Yang pasti sabtu ini Tentera Merah akan menguasai alunan suara yang ada di Stadium Nasional Bukit Jalil, berdasarkan pembelian tiket oleh penyokong Kelantan.Tanpa menagih simpati ihsan mereka sanggup menghabiskan duit untuk membeli tiket dan membeli minyak kereta untuk membelah banjaran titiwangsa untuk menyokong pasukan mereka. Sedangkan dinegeri Sembilan jarak antara lokasi Seremban dan Stadium Bukit jalil tidak sampai satu jam pun.

Namun berdasarkan kenyataan dikeluarkan Pengurusan Bolasepak Negeri Sembilan melalui media, jualan tiket begitu lembab dan mungkin hanya 20,000 ribu sahaja yang akan berkunjung ke Stadium Bukit Jalil. Manakala beberapa penyokong Negeri Sembilan di Portal intenet menyatakan mereka kecewa kerana peminat Negeri Sembilan terlalu manja kerana terlalu bergantung dengan kemudahan pengangkutan percuma dan tiket percuma.

Seharusnya wujud kecemburuan kepada pasukan lain mengenai terujanya penyokong Kelantan keatas pasukan mereka. Sekiranya ini cerminan fanatik orang Kelantan kepada pasukan mereka ia mencerminkan orang Kelantan mempunyai jatidiri yang tinggi, sehingga sanggup bersusah payah memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada pasukan mereka. Mereka pantang diusik atau dihina seakan watak semangat nasionalisme yang ada pada orang Indonesia.
Kini disebabkan sokongan rakyat Kelantan kantung KAFA berisi dan mampu membiayai pengurusan pasukan dan memijak kaki ke perlawanan akhir. Bukan senang sebenarnya pasukan hanya bergantung kepada hasil jualan tiket untuk menguruskan pasukan namun Kelantan telah membuktikannya.

Mungkin selepas kini ada sesuatu yang dapat diperlajari oleh kita melalui pasukan Red Wariors ini, hasil semangat 1 Kelantan yang dipelopori oleh meraka. Seperti kata Irfan bakti jurulatih Perlis, “penyokong Kelantan tak ubah seperti penyokong England dalam memberi sokongan kepada pasukan mereka, dan situasi itu hanya ada di Kota Bharu sahaja”.


(di petik daripada http:// neutraldaily.blogspot.com)

Isnin, 2 November 2009

Final Piala Malaysia 2009

Kelantan Bagai Dibuai Kisah Dongeng

Dilanda pelbagai masalah kini igauan 39 tahun hampir terlerai

APA jua kesudahan buat Kelantan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini, ia tetap menjurus ke arah satu rumusan – pemergian Peter Butler yang memimpin pasukan itu pada saat saingan Piala Malaysia bermula, langsung tidak ditangisi.

Ketika Selangor bermegah dengan tiga kejuaraan dalam semusim, tidak keterlaluan boleh disimpulkan betapa Kelantan adalah pasukan paling mencuri tumpuan yang mewarnai kemeriahan kancah Liga Malaysia 2009, baik dari sudut negatif mahupun positif.
Bermula dengan langkah Polis yang 'menarik diri' yang membolehkan Kelantan diberi ihsan beraksi dalam Liga Super, diikuti kehilangan tiga mata kepada KL Plus ekoran penangguhan aksi pembukaan akibat padang becak sebelum perlawanan ulangan diadakan semula, hingga ke insiden keganasan penonton di luar Stadium Sultan Muhammed IV pada April lalu, segala rencah itu menjadikan pasukan Kelantan sering menjadi bualan.

Diperkuatkan empat 'pemain import' tempatan – Indra Putra Mahayuddin, Khalid Jamlus, Nor Farhan Mohamad dan Azlan Zainal – Kelantan memulakan musim Liga Super dengan garang, apabila secara bergilir mendahului liga bersama Selangor sebelum kedua-dua pasukan bertemu pada final Piala FA yang juga aksi final pertama skuad Pantai Timur itu sejak 1970.

Kekalahan kepada skuad Merah Kuning itu kemudian menjadi titik tolak kemerosotan Kelantan, apa lagi diarah menggunakan Stadium Nasional sebagai gelanggang sendiri hingga akhirnya pasukan diberi jolokan The Red Warriors, menamatkan saingan Liga Super di tangga keenam walaupun larangan itu ditarik balik selepas dua bulan.
Musim yang menjanjikan sinar buat bola sepak Kelantan sejak sekian lama dilihat semakin malap apabila Butler, pengendali dari England itu secara mengejut meninggalkan pasukan hanya tidak sampai seminggu sebelum sepak mula Piala Malaysia.

Namun, seperti pemergian Butler, pelantikan secara mengejut bekas jurulatih kebangsaan, B Sathianathan, rupa-rupanya menyalakan semula impian menggunung penyokong fanatik Kelantan untuk sekali lagi berarak ke Bukit Jalil.

Daripada sebuah pasukan yang sering dikaitkan dengan masalah kewangan dan dianggap lawan kerdil kerana pernah terjerumus ke kancah paling bawah saingan liga domestik iaitu Piala FAM pada 2005, sesuatu boleh dipelajari daripada kejayaan Kelantan musim ini.

Ia membuktikan falsafah kejayaan buat pasukan liga tempatan cukup mudah – mempunyai pengurusan cekap serta tidak berdepan kemelut gaji tertunggak, selain memiliki set pemain berbakat, jurulatih berkaliber dan penyokong setia di belakang pasukan.

Rabu, 28 Oktober 2009

Antara Impian dan Realiti..

Langkahan Kelantan untuk ke final piala berprestij Piala Malaysia kini semakin hampir..Bukan Perlis, N9 atau Terengganu tetapi diri sendiri yang menjadi musuh utama sekarang. Sekiranya para pemain dapat melipat gandakan usaha, berusaha lebih gigih lagi, tidak mustahil Piala Malaysia akan singgah di bumi Kota Bharu buat sekian kalinya. Bekalan 2 gol yang di bawa ke Kangar hendaklah di pertahankan demi merealisasikan impian penantian selama 39 tahun..Apa lagi yang pemain mahukan selain daripada mempunyai pengurusan yang cukup professional, yang menjaga kebajikan para pemain dan mempunyai para penyokong yang cukup setia berdiri di belakang pasukan. Semuanya pemain dapat milikinya di Kelantan. Jadi inilah detik terbaik untuk para pemain merealisasikan harapan dan impian para penyokong yang tetap bersama pasukan tidak kira dalam apa jua situasi sekalipun. Kekecewaan yang dirasakan di pentas final Piala FA bukannya satu alasan untuk kami menarik diri daripada menyokong pasukan tapi kegagalan tersebut menjadi satu aspirasi kepada kami untuk sekali lagi bersama sama pasukan mencari kejuaraan sulung dalam kancah Liga Malaysia. Ayuhlah wahai Perwira Merah, langkahlah gan gagah bab seorang perwira dan apa yang pasti anda tidak keseorangan kerana kami sentiasa disampingmu. Gomo Kelate Gomo.

Khamis, 15 Oktober 2009

Berutung Jadi Anok Kelate....

Berutung bena ku jadi anak kelate
tepak melayu ghama oghe tino come come
hute belane buleh pakak tebe
dale dale sunga pon banyok lagi ike

duduk tok takut
kito tok baloh
pitih pon cukup baghe2 mughoh

nati ke ngatuk oh male bule ceghoh
main daun teruk takdok sapo nok maghoh

maghi maghi kito pakak wak kijo
besatu hati tok kigho tuo mudo
bia negheri kito kayo ghayo
nikmak tuhe bui kito jange lupo

ado kijo bende ado tane tebaka
ke laut mukak ike tok peghaih atah keda

nogheh getok oghe ado cikgu keghani pegawa
ghakyak caghi make takdok lagi hok lapa

tanoh bayok lah kilik guo muse
kito tok tomok bagi sikik soghe
hasil lemboh tani tanoh hute
bui ke anok cucu maso depe

sbukuh nasik belauk
te ghokok strek
baghu sedak duduk
kenye spagi terik

heret anok berok
paka baju caghik
kain kilah ghusuk
basika takdok brek

pohon kayu kaye
tumbuh hidok segar
duku mokte dughie woh ghedah jeghing peta

besu lebe mede uh kane jati cenga
aka buloh ghote ambiklah pakak jua

beghutung bena ku jadi anok kelate
jughuh peranga ghama oghe saye
sudoh terkena sapa ko negeghi oghe
caghi pitih panda kito tok suko beghute

napok come bena maso naik kapa trube
lekok2 sunga ado bukit tanoh depe
bumi tok cema hok kito ghakyak kelate
bialah kekal semangat siti we kembe

Selasa, 6 Oktober 2009

Pergi Tak Kembali


Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

(Rabbani)

Bicara Tentang Kematian

Kita selalu mendengar berita tentang kematian,
saban hari, saban waktu, setiap ketika.
Kita juga mendengar setiap masa
ada insan-insan yang menunggu saat kematian
begitulah juga insan-insan yang tak menanti kematian
tetapi telah diragut kehidupan dunia darinya tanpa persediaan.

Sesungguhnya kematian tetap akan menjemput insan
untuk kembali kepada penciptanya. Sekuat mana pun kita lari,
sejauh mana pun kita cuba hindari, namun kematian akan
tetap mengekori kita. Sampai waktunya dan ketikanya
kita tetap akan pergi juga.

Pelbagai bentuk dan cara kematian menjemput insan
ada yang kemalangan, ada yang sakit berpanjangan
ada yang kena buatan orang ? dan ada yang secara spontan..

Ada yang mati diatas tilam empuk
ada yang mati dibunuh dan dihumban dijalanan atau longkang
ada juga yang mati dimedan perang.

Ada yang mati ketika melakukan maksiat
ada yang mati ditempat maksiat
tidak kurang juga yang mati semasa melakukan ibadat

Sesungguhnya hanya Allah sahaja yang tahu kedudukan
seseorang ketika matinya seseorang insan.

Namun begitu kita hendaklah berusaha dan merancang
kematian yang perlu kita tempuhi atau kehendaki.
kerana kematian akan menjenguk kita
kita akan mati dengan salah satu asbab, cara kematian
kematian yang macamana kah yang kita pilih ?
kita tiada pilihan melainkan memilih cara kematian kita
kalau kita tidak pilih atau rancang pun, kematian tetap akan
bersama kita akhirnya.

Oleh itu rancanglah dari sekarang kematian kita.
sabda Rasulullah saw bermaksud " Lazimilah oleh kamu dengan
berbuat kebajikan, kerana ia dapat menghindarkan kamu dari mati
dalam keadaan yang tidak baik".

Itulah kematian yang kita cari. iaitu kematian yang boleh membawa
kepada kebahagian dialam selepas kematian. Berusahalah dan rancanglah
supaya kematian kita adalah dalam keadaan yang baik, cara yang baik.
penuh dengan keimanan dan keredhaan Allah swt.
Walaupun begitu sedarilah bahawa kematian yang paling mulia disisi Allah ialah
matisyahid.

Rabu, 26 Ogos 2009

RAMADHAN

ANDAI INI RAMADHAN YANG TERAKHIR
Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu...kepada-NYA Tuhan yang satu


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu
sholat yang dikerjakan...sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam
]

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
disetiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawikh...berqiamullail...bertahajjud...
mengadu...merintih...meminta belas kasih

"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman
Duhai Ilahi....

andai ini Ramadhan terakhir buat kami
Jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju redha serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti
Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia...meminta belas-NYA

andai benar ini Ramadhan terakhir buat kita

MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH DILAKUKAN

(Bahagian Sumber Manusia MARA 2009)

Selasa, 18 Ogos 2009

Ramadhan Al-Mubarak


Ku mengharapkan Ramadhan

Kali ini penuh makna

Agar dapat kulalui

Dengan sempurna


Selangkah demi selangkah

Setahun sudah pun berlalu

Masa yang pantas berlalu

Hingga tak terasa ku berada

Di bulan Ramadhan semula


Puasa satu amalan

Sebagaimana yang diperintahNya

Moga dapat ku lenturkan

Nafsu yang selalu membelenggu diri

Tiada henti-henti


Tak ingin ku biarkan

Ramadhan berlalu saja

Tuhan pimpinlah daku yang lemah

Mengharungi segalanya dengan sabar

Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan

Ku merayu pada Tuhan diterima amalan


Selangkah demi selangkah...

Dengan rahmatMu oh Tuhanku...

Ku tempuh jua

Selasa, 4 Ogos 2009

Bendang Pauh FC @ Golden Sandz

Nilah antara koleksi kejayaan kami yang sempat di rakam sepanjang 2008/2009..walaupun jarang menyertai tornoment2 memandang kebanyakan pemain terikat dengan komitment kerja masing2 namun prestasi yang di tunjukan amat2 membanggakan..Sebenarnya bukan wang ringgit yang dikejar tp sekadar mengeratkan talian persahabatan yang telah terbina sejak zaman kanak2 lg......Inilah Kami Kampuang Boys....
BENDANG PAUH FC

Johan Futsal tertutup JPJ 2009
(Sport Planet Ampang)

Ke3 Kejohanan Bola Sepak 8 Sebelah
Piala Dato Dr Wan Suhaimi

Johan Futsal Padang Terbuka Casmaria
Taman Samudera Gombak


Johan Futsal Anjuran Kelab Guru


Johan dan Naib Johan Futsal Anjuran Kelab Guru
Bendang Pauh A dan Bendang Pauh B

Khamis, 23 Julai 2009

LOGHAT KELATE 2

Kali Arung - Sekaligus
Air Geh - Air Berkabonat
Jauh Sapok - Teramatlah Jauhnya
Panah Terik - Panas Yang Teramat Sangat
Comel Lote - Comel Yang Amat
Sejuk Ketta - Sejuk Yg Sangat?
Ite Lettung - Tersangatlah Hitamnya
Punoh Jahne - Rosak
Gura Bewok - Gurauan Yang Menyebabkn Pergaduhan
Taik Aye Muna - Tahi Ayam Yang Masih Hangat
Kona Lepe - Corner Lipat
Kelecak - Terpelanting
Nakuk Paik - Penakut Yang Amat Tinggi
Lonjong - Tinggi Sangat
Masing Pekkok - Teramat Masin
Nipih Nayyang - Sangat Nipis
Maknga - CuaiBabei - Degil (Tak Tau Nak Eja Camne)
Jabir / Supek - Plastic Bag
Koghok - Tengkorak
Kehek - Muntahkan Semula
Puahsang - Boring
Meppeh - Tak Larat
Kepeh Blepeng - Sangat Kempis
Keghah kekong -keras yg teramat
Koho/selo - perlahan/slow
Tarikblana kokna - banyak yang amat
Samah - 50 sen
Duo amah -singgit
Kekoh -gigit
Toksoh -jangan / tak usah
Bakpo -kenapa
Guano / belah mano -macam mana
Gapo / gapo dio -apa / apa
Diaghoyak -bgtau
Blago -berlanggar
Mokte- rambutan
Woh kekoh caa -kuih buah melaka
Ccongek -tejungkit
Kupik hangik -kedekut
Tteghe-buah gajus
Nnetting- melantun
Pok-e-dèng -pepatung

Rabu, 15 Julai 2009

LOGHAT KELATE

Haa ari nih topik besh kepada sesape yang nak belaja loghat kelantan atau yg ade hajat nak kahwen dgn org kelantan..baik belaja...Lau x pening palo...hehehe...:

Vocabulary :
Bokbong - spesis musang
Ttuyup - pepatung
Pok Kor - spesis mengkarung
Ike Kkhonge - ikan cencaru
Gelenyar,gletah - mengenyam, getik
Saksoba-Absorber
Supik Gelenyar - plastik beg (yg nipis tu)
Buah Topoh - buah epal
Gaduh, bbaloh - kelahi
Ggaduh - nk cepat
Saka - gula(sekarang sudah jarang d gunakan oleh generasi baru)
Bekwoh - kenduri
Tohok - buang
Ghohok - susah,payah
SIAK DUK GGOBAR - jangan risau
WAK GGOGHI - bagi memulakan sesuatu
DEKPONG GAK EH - kalau ya pun
Jjughuh - baik
Kelaghing - kesat/not smooth
Katok - Pukul
Pitis-Duit

KELANTAN + INGLISH = "KELANTALISH"huhuhu...

Contoh :
POZEK (deposit)
RIZAK (result,reserved)
NNEJA (maneger)
ISTEK (estate)
SUWIH (switch)
MERKET (market)

Selasa, 14 Julai 2009

Nilai Seorang Manusia

Rasullah s.a.w bersabda yang bermaksud :“Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa paras dan harta benda kamu, tetapi Allah hanya memandang kepada niat hati dan amalan-amalan kamu”. (Riawayat Muslim)Nilai seorang manusia bukan terletak pada rupa paras atau harta kekayaanya, tetapi ia terletak pada amal perbuatanyang dilakukannya. Jika baik tingkah lakunya, maka baiklah dia pada pandangan kita dan begitulah sebaliknya. Namun pada pandangan Allah, selain tingkah laku dan amalan, nilai yang terpenting adalah pada niat orang yang melakukan sesuatu amal perbuatan itu sendiri.Niat bermaksud, tujuan seseuatu perkara yang dilakukan iaitu sejauh mana keikhlasannya. Sesuatu kebaikkan jika mengharapkan balasan (ada udang disebalik mee) tidak boleh dikategorikan sebagai ikhlas. Ikhlas ialah membuat sesuatu kebaikan semata-mata hanya kerana kebaikkan itu sendiri dan tidak mengharapkan balasan selain balasan dari Allah.Ikhlas dalam kerja bermakna tidak akan melaksanakan kerja yang diamanahkan itu sekadar melepaskan batuk di tangga atau bukan semata-mata kerana upah yang diterima setiap bulan. Bahkan dia menganggap kerjanya itu sebagai satu ibadat yang difardukan keatas dirinya dan harus dilakukan dengan sempurna.Bersadarkan petikan aritikel ini, diharpkan boleh membantu sedikit sebanyak pembaca berkaitan dengan nilai seorang manusia. Adakah ia mempunyai satu nilai atau pun tidak. Oleh itu, sama-sama kita renungkan

Kota Bharu Loning Tok Supo Mulo


Bila sebut Kota Bharu, mesti ramai akan teringkatkan Kelantan, sebuah negeri di sebelah Pantai Timur. Negeri yang kaya dengan budaya dan seni warisan yang begitu unik sekali di Malaysia.Kota Bharu Loning Tok Supo Mulo, cukup begitu sinomin untuk di perkatakan dewasa kini. Jika dahulu orang menanggap bahawa Kota Bharu sebuah Bandar yang tidak pesat membangun pasti orang percaya. Hal ini kerana ramai yang tidak tahu sejauh mana pembangunan di Bandar Kota Bharu dan ramai pemabaca atau orang luar di kaburi oleh media arus perdana yang mengatakan bahawa Kota Bharu tidak membangun.Jika sesiapa yang datang ke Bandar Kota Bharu hari ini pasti akan terkejut dan teruja melihat perubahan yang pesat belaku di Bandar Kota Bharu. Kota Bharu Loning Tok Supo Mula cukup sesuai dijadikan sebagai Motto bagi menarik pengunjung luar untuk berkungjung ke Kota Bharu.Pembanguan pesat di Kota Bharu telah banyak membuka mata ramai pihak yang sebelum ini mengkririk bahawa Kota Bharu tidak akan maju sampai bila, jika di bawah pimpinan yang tidak sehaluan dengan pimpinan tertinggi di peringkat Persetukuan. Namun begitu, tekaan semua meleset, walaupun berlainan pemerintahan Kota Bharu tetap mampu membangun setaraf dengan negeri lain, bak kata pepatah “duduk sama rendah, berdiri sama tinggi”.Jika Bandar-bandar utama, begitu gah dengan mercu tandanya, Kota bharu juga tidak ketinggalan untuk mengikut jejak langkah yang sama. Jika kedah gah dengan Menara Alor Star, Pulau Pinang dengan Jambatanya, Kelantan tidak terkecuali untuk bermegah dengan mercu tandanya yang tersendiri iaitu Kelantan Trade Canter (KTC). Pembinaan KTC tepat pada masanya, ketika Kota Bharu bersiap sedia untuk menjadi contoh Bandaraya Islam pertama Di Malaysia. Pengistiharan Kota Bharu sebagai Bandaraya Islam, sememangnya tepat pada waktu dan ketikanya di kala Kota Bharu sedang pesat membangun.Hari ini, Bandar Kota Bharu sudah pun gah dengan projek meganya, yang mampu menarik minat para pelabur untuk datang menanam modal di Kelantan. Antara projek yang boleh di katakan projek mega ialah Projek Tambatan tebing Sungai Kelantan, Pembangunan Bandar Baru Tunjung, KB Mall, Tesco, Pasaraya MyDin Hypermarket, Pelagi Mall dan bermacam-macam lagi. Yang mampu menjawab segala kritikan yang dilemparkan mengatakan bahawa Kota Bharu tidak akan membangun.Hasil pembangunan hari ini, lahir dari keikhlasan rakyat dan pemimpin negeri yang ingin melihat Kota Bharu terus berkembang dengan pesat. Sesungguhnya aku sebagai anak jati kelantan bangga dengan kemegahan Bandar Kota Bharu sekarang.

Selasa, 7 Julai 2009

RAHSIA SURAH YASSIN

RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58
Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya Dan pada ayat ke 58 surahTersebut
"SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM"
diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baikmu,
Insya Allah dengan izin Yang Maha Esa Dan MahaKuasa,
semua hajatmu akan dikabulkan.Jika boleh niatkan sebegini:
1) YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku Dan saudara-maraku
2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri,suami, anak-anak yang soleh Dan mencintai Islam
3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baikDan berjaya didunia Dan akhirat.
4) YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang akuDapat ini
5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat Dan munafiqDan miskin
6) YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku Dan seluruh umat Muhammad yangBeriman kesihatan zahir batin
7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, DanRedhaikanlah aku.....
AMINnnnn.

WAJAH2 ATLIT MRSMTGB KE SUKAN MARA SEMALAYSIA 2009

SYABAS N TAHNIAH KEPADA ATLIT2 MRSMTGB YANG TELAH MENHARUMKAN NAMA MARA MELAKA DI SUKAN MARA SEMALAYSIA 2009







MARA MELAKA FOOTBALL TEAM

Inilah sebagian daripada aksi2 pasukan bolasepak MARA MELAKA di KEJOHANAN SUKAN MARA SEMALAYSIA..Walaupun keputusan kurang menyakinkan untuk layak ke separuh akhir, namun komitmen dan semangat semua pemain dan pengurusan amat2 di puji….
Keputusan Perlawanan
MARA MELAKA (2) MARA SELANGOR (4)
MARA TERENGGANU (1) MARA MELAKA (4)



MELAKA LWN SELANGOR





Isnin, 22 Jun 2009

SUKAN MARA SEMALAYSIA KALI KE 6

Sukan MARA SeMalaysia kali Ke-6.
Bertempat di Bandar Penawar - Desaru, Johor.
Bertarikh 8 - 12 Jun 2009
Piala Pusingan GOLF
Majlis Penutup


Carrom ( Tempat ke 4 Keseluruhan)


Memanah (Naib Johan)
Final Futsal Vateran (Melaka vs Kelantan)
futsal Vateran ( naib Johan)
Majlis Penutup

Kontigen MARA Melaka
Kontigen Melaka meraih tempat ke 4 keseluruhan.
Syabas n Tahniah pada semua atlit2 MARA Melaka yang berjaya mengharumkan nama Melaka.

Jumaat, 19 Jun 2009

Selamat Hari Bapa

Satu... kasih yg abadi
Tiada tandingi dia yang satu
Dua... sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu

Tiga... lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat... mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih

Ibu kuingat dahulu
Menyisir rambut ku kemas selalu
Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa

Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelanPahit terus dibuang... itu bidalan
Harus kau renungkan

Ahad, 31 Mei 2009

Hanya Semangat Jadi Bekalan Anak Kelantan

KETIKA ini, sukan bukan sahaja dianggap sebagai satu bidang semata-mata.
Malah, tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa ia adalah suatu perniagaan di mana pengurusannya adalah umpama mengurus sebuah syarikat konglomerat yang besar.

Sebagai contoh, Majlis Sukan Negeri (MSN) Kelantan, saban hari sentiasa berusaha untuk memastikan segala keperluan yang diperlukan oleh para atletnya dapat dipenuhi.

Bagaimanapun, tugas yang dipikul MSN Kelantan seakan-akan terbantut apabila kekangan kewangan sering menghantui badan induk sukan negeri itu.

Mereka hanya mengharapkan peruntukan yang diberikan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) setiap tahun tanpa ada satu pun institusi yang tampil membantu.

Disebabkan itu, tidak hairanlah Kelantan boleh dikatakan antara negeri yang termundur dalam menyediakan fasiliti sukan dan ada di antara gelanggang sukannya sudah berusia lebih 10 tahun.

Secara zahirnya, MSN dilihat sudah menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan dengan mengesan bakat-bakat baru dan saban tahun, Kelantan tidak pernah ketandusan melahirkan atlet berpotensi.

Namun, usaha tersebut bagai tersekat kerana atlet-atlet yang terpilih gagal ditempatkan di sebuah pusat yang serba canggih.

Tidak dapat dinafikan bahawa kesedaran mengenai aktiviti sukan di Kelantan agak menyerlah di mana masyarakatnya tidak dapat dipisahkan dengan sukan dalam kehidupan seharian.

Maka, tidak hairanlah Kelantan menjadi antara negeri yang terpenting dalam industri sukan tanah air dengan menyumbang serta mengeluarkan bakat-bakat baru.

Pengarah MSN Kelantan, Noordin Awang berkata, atlet yang lahir menerusi program pembangunan MSN

Menurutnya, mereka tidak disediakan peralatan yang cukup dan moden dan hanya menggunakan apa yang ada sahaja kerana mereka menyedari kemampuan MSN Kelantan hanya setakat itu.

"Program latihan berpusat juga tidak dapat dilaksanakan dengan efisien, sebagai contoh untuk Sukma (Sukan Malaysia) kita hanya melakukan persiapan sekitar dua hingga tiga bulan sahaja sebelum kejohanan.

"Majlis Sukan Negara hanya menyediakan peruntukan sekitar RM2 juta setahun untuk keseluruhan program pembangunan dan pengurusan termasuk pembayaran gaji kakitangan," katanya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Tambahnya, dengan peruntukan itu, MSN Kelantan hanya mampu berbelanja mengikut sekadar yang mampu dalam menyediakan kelengkapan untuk 19 jenis sukan teras.

Katanya, walaupun dihimpit masalah kewangan, MSN Kelantan sedaya mungkin melakukan tugas-tugasnya terutama dalam memantau program pencarian dan perkembangan bakat.
Noordin berkata, program pembangunan sukan di Kelantan tidak akan sempurna tanpa kerjasama pihak Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Kelantan (MSSK)

"MSSK sangat memberi impak kepada perkembangan sukan di Kelantan. Mereka adalah tulang belakang kepada MSN dalam program pengecaman bakat.

"Melalui kejohanan yang dianjurkan, kita dapat mengenal pasti bakat-bakat muda yang berpotensi terutama selepas program Kijang Mas dilancarkan pada Julai 2007 lalu," ujarnya.

Dalam serba-serbi kekurangan, Kelantan meneruskan usaha untuk meletakkan nama sebaris dengan negeri-negeri lain yang jauh lebih hebat program pembangunan sukannya.

Sebagai contoh, kita memiliki stadium yang berusia lebih 30 tahun dengan kemudahannya sudah jauh ketinggalan zaman selain padang yang kurang sempurna.

Lampu limpah Stadium Sultan Mohammad Ke-IV juga pernah mengalami masalah sebelum ini sehingga menjejaskan beberapa perlawanan bola sepak.

Pernah suatu ketika, timbul cakap-cakap di kalangan penyokong bola sepak ketika pasukan Kelantan terlalu hebat di tempat sendiri, namun sering mengalami kekalahan di tempat lawan.

Kata mereka, pemain-pemain 'mabuk lampu' kerana stadium lawan dilengkapi sistem pencahayaan yang baik berbanding Stadium Sultan Mohammad Ke-IV yang agak gelap dan suram.

Kosmo! juga sempat meninjau satu-satunya gelanggang hoki padang astroturf di Kelantan yang dibina pada tahun 1993.

Selepas pembinaannya, gelanggang tersebut tidak pernah diselenggarakan dengan baik sehingga keadaannya begitu daif tetapi tetap digunakan oleh skuad hoki Kelantan kerana itu sahaja yang dimiliki.

Keadaan padang terlalu teruk sehingga boleh mendatangkan kecederaan kepada para pelatih atau pemain selain pagar yang sudah usang dan berlubang serta ciri-ciri keselamatan lain yang tidak sempurna.

Jurulatih skuad hoki bawah 18 tahun lelaki Kelantan, Mohd. Amin Setafa berkata, padang berkenaan adakalanya terpaksa memuatkan empat pasukan hoki yang menjalani latihan dalam satu-satu masa.

Katanya, padang itu jugalah yang menjadi tempat latihan skuad yang mewakili Kelantan untuk kejohanan-kejohanan tempatan.

"Ini sahaja yang kita ada, mahu tidak mahu kita terpaksa gunakan, namun kekurangan ini tidak pernah menjadi halangan kepada kita untuk berjaya.

"Semangat yang mereka (pemain) ada luar biasa hebatnya, mereka sanggup menaiki bas yang tambangnya dibayar sendiri untuk menyertai latihan dan kejohanan tempatan," tambahnya.

Menurutnya, dengan padang yang terlalu daif itu juga, seorang pemain Kelantan terpilih menyarung jersi skuad remaja kebangsaan sementara dua lagi pemain menyarung jersi pasukan bawah 16 tahun kebangsaan.

Apa yang lebih membanggakan, pasukan hoki Kelantan juga berjaya menjadi johan Divisyen 2 Liga Hoki Remaja Kebangsaan 2008 dan seorang pemainnya, Shahrul Annuar Ibrahim di nobatkan selaku pemain terbaik seluruh kejohanan.

Pada Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) Ke-51 baru-baru ini, atlet muda Kelantan, Nik Hafiz Nik Mohamad berjaya merangkul gelaran Olahragawan kejohanan.

Hanya berlatih di trek sepanjang 125 meter sebelum dipilih menjalani latihan pusat di Pulau Pinang di bawah kelolaan MSN, Nik Hafiz terus membuktikan bahawa semangat adalah kunci untuk mencapai kejayaan.

Selain itu, Kelantan juga memiliki dua pemanah, Wan Khalmizam Wan Abd. Aziz dan Nazrin Aizat Mat Nasir yang berjaya menyertai pasukan kebangsaan.

Kelantan juga mampu berbangga, walaupun kemudahan sukan amat kurang, namun prestasi atlet yang dihantar menyertai kejohanan tidak pernah menghampakan.

Sebagai bukti, pada Karnival Pelapis Negeri 2009 yang berlangsung di Pulau Pinang pada 7 hingga 11 Mei lalu, atlet Kelantan menunjukkan keputusan yang memberangsangkan.
Dengan kutipan 15 pingat emas, 19 perak dan 12 gangsa pada karnival tersebut, Kelantan membuktikan mereka tidak ketandusan bakat.

Itu antara bukti atlet-atlet Kelantan tidak pernah menghiraukan kekurangan yang mereka terpaksa tempuhi kerana semangat yang ada melangkaui segala-galanya.

Namun, benarlah kata pepatah: 'Benih yang baik kalau di campak ke darat menjadi gunung dan jika dicampak ke laut menjadi pulau'.

Dalam serba kekurangan mereka meneruskan tekad untuk mencapai impian masing-masing ke peringkat yang lebih tinggi iaitu menyarung jersi pasukan negara seterusnya beraksi di pentas dunia.

Keistimewaan yang ada pada atlet Kelantan adalah kesungguhan dan kecekalan selain semangat jati diri dan kesetiaan pada negeri yang sangat menebal.

Dalam pada itu, Noordin tidak menafikan terdapat beberapa atlet Kelantan menerima tawaran yang lebih lumayan daripada negeri lain untuk berhijrah dan menyarung jersi negeri berkenaan.

Namun, Noordin berkata, kesetiaan pada negeri kelahiran sering kali menjadi asas yang kuat kepada atlet-atlet ini untuk terus menyumbang bakti kepada Kelantan.

Tanpa berselindung, Noordin mengakui, setakat ini MSN Kelantan hanya mampu bertindak sebagai pencari bakat, namun belum memiliki kemampuan sepenuhnya untuk menggilapnya.

"Kita mengakui kekurangan tersebut dan itu adalah hakikat yang kami, atlet dan seluruh peminat sukan di Kelantan harus terima.

"Kita mengharapkan pihak Majlis Sukan Negara untuk menilai atlet-atlet kita yang kita bawa dalam kejohanan yang dianjurkan supaya dapat meneruskan impian para atlet ke peringkat yang lebih tinggi," ujarnya.

Bagaimanapun menurut Noordin, pihaknya sentiasa berusaha meningkatkan keupayaan dalam memberikan yang terbaik kepada semua atlet kelahiran Kelantan.

"Sumber dari kosmo"