Selasa, 19 Mei 2009

NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGA

KEHEBATAN Kelantan di awal musim begitu ketara.
Nama skuad Kijang dan barisan pemain sentiasa meniti di bibir para peminat.Stadium Sultan Mohammad Ke-IV yang hampir sedekad menyepi kembali bergelora apabila setiap kali perlawanan melibatkan pasukan Kelantan, tidak kurang 20,000 penyokong akan membanjiri stadium keramat itu. Sejak musim 2008, stadium tersebut menjadi kubu kuat pasukan Kelantan kerana mereka hanya tiga kali tewas iaitu kepada Kuala Muda Naza dalam saingan Piala FA 2008 dan dan Liga Super serta Piala FA musim 2009 kepada Negeri Sembilan. Reputasi tersebut dan suasana stadium yang dipenuhi 'tentera merah' cukup menggerunkan mana-mana pasukan pelawat yang hadir ke Kota Bharu. Malah, ketika itu penyokong Kelantan berani mendabik dada, setiap kali sebelum perlawanan bermula lagi mereka dengan yakin dan pasti menyatakan pasukan mereka akan menang cuma jumlah jaringan sahaja tidak diketahui.Insiden keganasan penyokong di Kota Bharu pada 7 April lalu seakan merenggut setiap denyut nadi penyokong setia sang Kijang. Stadium keramat mereka digantung hingga 31 Disember 2009 oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang dilihat mengambil keputusan yang terlalu drastik. Dua hari selepas insiden tersebut berlaku, FAM terus membuat keputusan tersebut yang terlalu pahit untuk diterima oleh pemain, pengurusan serta seluruh peminat pasukan Kelantan. Dengan kepahitan itu juga Kelantan melangkah ke pentas akhir Piala FA 2009 pada 25 April lalu sebelum tunduk kepada Selangor dalam penentuan sepakan penalti. Bagaimanapun, onak dan duri perjalanan Kelantan semakin sukar apabila seminggu kemudian mereka tunduk kepada Negeri Sembilan di Paroi. Selang tiga hari kemudian mereka tewas sekali lagi kepada Johor FC di venue yang dipinjamkan kepada mereka dan terbaru mereka dibenam Perlis di Kangar, Sabtu lalu. STADIUM Sultan Mohammad Ke-IV sentiasa dipenuhi penyokong Kelantan setiap kali perlawanan membabitkan pasukan kesayangan mereka itu. Suara-suara penyokong mula timbul apabila mereka menyalahkan badan induk bola sepak tanah air itu yang menyebabkan para pemain Kelantan kepenatan sehingga menyumbang kepada prestasi yang turun mendadak.
Pemain dan pihak pengurusan terpaksa mengharungi perjalanan beratus-ratus kilometer sama ada untuk bermain di tempat lawan mahupun gelanggang sendiri yang dipinjamkan. Sebagai contoh, mereka ke Kangar, Jumaat lalu untuk menentang Perlis dan sebaik perlawanan berakhir mereka bergegas pulang ke Kota Bharu dengan menaiki bas. Semalam, mereka terpaksa ke Kuala Lumpur untuk perlawanan menentang Perlis sekali lagi di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini. Penyokong mula mempersoalkan tindakan kurang bijak FAM itu dengan alasan kononnya untuk memberi pengajaran kepada peminat yang 'kurang ajar'. Bak kata pepatah: "Kerana nila setitik rosak susu sebelanga." Demikian yang berlaku kepada peminat setia pasukan Kelantan apabila hak mereka untuk menyaksi- kan pasukan kesayangan mereka beraksi musnah sama sekali. Ini ekoran sikap dan tindakan sebahagian kecil penyokong yang hilang pertimbangan sehingga insiden 7 April lalu tercetus. Namun, sebahagian besar peminat bola sepak Kelantan masih menaruh harapan supaya FAM dapat mempertimbangkan dengan sewajarnya serta menarik balik tindakan tersebut.Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa pernah mengeluarkan kenyataan sebaik keputusan diumumkan FAM. Katanya, FAM adalah badan induk bola sepak Malaysia dan boleh dianggap sebagai 'bapa' dan Kafa pula adalah badan yang bernaung di bawahnya dan diandaikan sebagai anak."Kalau hendak mengajar anak, jangan tampar sampai mati," tegurnya sinis. 'Kerja-kerja' yang dilakukan oleh Kafa untuk menarik penyokong ke stadium sudah bermula sebaik tirai Liga Malaysia musim 2008 berakhir lagi bagi menyahut seruan FAM mengembalikan martabat bola sepak negara. GARA-gara rusuhan di Stadium Sultan Mohammad Ke-IV, skuad Kelantan terpaksa bermain di gelanggang luar. Mereka mula membentuk sebuah pasukan yang terbaik dengan membawa jurulatih yang terbaik serta beberapa pemain yang berstatus bintang. Hasilnya, bola sepak di Kelantan menjadi topik hangat hampir setiap hari oleh seluruh rakyat Kelantan dan kehadiran penonton ke stadium juga antara yang teramai berbanding negeri-negeri lain. Namun, insiden-insiden seumpama inilah cabaran yang perlu dilihat FAM apabila penyokong mula membanjiri stadium dan menjadi fanatik kepada pasukan mereka. -Ihsan dari kosmo

Rabu, 13 Mei 2009

HAPPY TEACHERS DAY 2009


Engkaulah yang membuatku pintar
Engkaulah yang membuatku tahu segala hal
Dengan jerih payahmulah aku bisa seperti ini
Seringkali aku membuatmu marah
Membuatmu menangis
Bahkan
Seringkali aku kesal kepadamu
Namun, kau selalu memaafkan kesalahanku
Selembar kertas putih
Tak cukup untuk menuliskan kata maafku paadamu
Kata yang sering kuucapkan
Tapi tak pernah dengan tulus
Terimakasih dan maaf
Hanya itu kata yang dipat kuucapkan
Tak akan kuulangi kesalahanku
Aku berjanji.....


SELAMAT HARI GURU UNTUK INSAN-INSAN YANG BERNAMA GURU…..
Terima kasih guru-guruku…

"jasamu tidak mungkin kulupakan sampai bila-bila…"

Isnin, 11 Mei 2009

HAPPY MOTHER DAY


Ibu,
Pengorbananmu bukan sedikit untuk aku nilai
Kepayahanmu membesarkan aku sejak kecil hingga aku besar seperti ini tidak boleh dinilai dengan apa jua benda

Ibu,
Dulu, tiap kali anakmu ini pulang ke kampung berbagai juadah kau hidangkan atas permintaan anakmu yang sungguh kepingin merasai masakanmu

Ibu,
Dulu, seawal pagi kau sudah bangun untuk melaksanakan tanggungjawabmu
Selepas Subuh, kau bertungkus lumus menyiapkan sarapan buat seisi keluarga
Sedangkan anakmu ini bergelumang sedap di dalam selimut bermimpi indah

Ibu,
Kini, kau sudah tua Kini, kau sudah tidak berdayaKini, kau hanya mengharapkan kasih sayang anak2 untuk membaluti hidupmu

Ibu,
Sesungguhnya kau adalah Ibu yang sangat bertuah
Punyai anak2 yang tidak pernah leka dalam memberi perhatian kepadamu

Ibu,
Sesungguhnya kau adalah Ibu yang sangat bertuah
Punyai kasih sayang yang bukan sedikit dari anak2
Ibu,
Sesungguhnya kau adalah Ibu yang sangat bertuah
Anakmu akan bergegas menemuimu setiap kali kau merindui anak2mu ini

Ibu,
Sesungguhnya kau adalah Ibu yang sangat bertuah
Anak2 Mu tidak pernah walau seorang tidak mengingatimu
Malah akan sentiasa berada di sini setiap kali keuzuran melanda dirimu

Ibu,
Sesungguhnya kau adalah Ibu yang sangat bertuah
Punyai anak yang tidak pernah lepas dari mendoakan kebahagian hidupmu dunia dan akhirat

Ibu
Sesungguhnya kami , anak2mu ini sangat bertuah memilikimu
Kerana kaulah ibu yang banyak mendidik kami menjadi orang yang berguna
Kerana kaulah ibu yang banyak memberi nasihat , membimbing anak2mu untuk menjadi anak yang sangat menyayangi dari dulu hinggi kini.

Tanpamu Ibu,
anak2mu tidak mungkin berada di tempat di mana kami berada sekarang
Tanpamu yang melahirkan kami wahai Ibu, melahirkan dengan izin Allah SWT, kami tidak akan berada di dunia ini menghirup udara dan menjalankan kewajipan kami wahai Ibu.

Ibu,
Sesungguhnya kasih sayangmu tidak layak untuk kami nilai dengan apa jua sekalipon
Nilai kasih sayangmu tiada bandingannya
Anakmu ini sentiasa mendoakan agar Allah SWT sentiasa memberi kesihatan yang baik buatmu agar dirimu dapat menjalankan tugas sebagai hamba Allah dengan sempurna
Semoga Ibu mendapat kebahagiaan dan ketenangan di dalam hidup ini.


SELAMAT HARI IBU wahai Ibuku

PEDOMAN

"TAZKIRAH"
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Mana-mana orang yang beri sesuatu kepadamu, maka hendaklah kamu balas seimbang. Jika kamu tidak upaya membalasnya hendaklah doakan dia, sehingga kamu rasa telah buat seimbang dengan kebaikannya. Bila kita menerima sumbangan derma dan zakat ,mahupun sebarang pertolongan dan bantuan dari orang perseorangan, hendaklah berterima kasih kepada orang berkenaan. Antaranya ialah berdoa untuknya sekurang-kurang dengan mengucapkan ‘Jazakallahu Khiran Wa Akhlafaka Khaira’ (Semoga tuhan membalasnya dan menggantikan dengan yang lebih baik lagi.”

Isnin, 27 April 2009

Isnin, 20 April 2009

GURINDAM BUAT SANG KIJANG

18/4 tercipta sejarah paling indah..
Dalam samar masih ada sinar yang cerah..
Setelah hati dirawan gundah..
Bangkit persis pahlawan yang gagah..
Kuburkan si rusa di kandang sendiri..
Hanya kemboja peneman sepi..
Lalang lalang tegak nya berdiri..
Bagai meratap sendu dihati..
Bisa Sang Kijang lincah dikandang..
Semangat melawan berjuang tak pernah hilang..
Lahir harapan setelah dirundung malang..
Meniti kemanisan di medan perang..
25/4 merintis gemilang.
Buat Sang Kijang sayang di sayang..
Tekadkan hasrat terus berjuang..
Persada indah namamu kan di julang..
Detik di nanti debar dihati..
Resah meresah berdegup pasti..
Biar nyawa terhenti mati..
Bara digengam menjadi api..
Olek olek sang Kijang ku sayang..
Di pentas akhir menari garang..
Kebumi Gergasi menrintis kejayaan..
Piala FA erat dalam dakapan..
(sumber kelate.net)

Ahad, 19 April 2009

FINAL PIALA FA


Berdekad menanti akhirnya hadir jua saat ini..saat yang penuh emosi tanpa disedari titisan airmata mengalir lesu dipipi..Airmata tanda kesyukuran setelah melalui pelbagai dugaan rupa rupanya ada anugerah tanda kesabaran dibalik palitan sejarah hitam yang menitik titik titik dosa meragut jantung hati ..Bagai tiada kata yang mampu mengunkap bicara setelah 39 tahun mengayam mimpi kini bertamu di alam nyata..Berkat semarak semangat yang terpintal tak rebak dijiwa walau dipalu dengan kata kata nista..semangat pahlawan Tok Janggut masih kuat menebal merantai kukuh jiwa yang membara membakar urat urat nadi yang berani menjelma watak sang adiwira "RED WARRIORS"tersemat didada..Hanya sebatas ini yang mampu menghalang kita untuk mengukir indah mimpi yang di angankan selama ini..hanya sebatas ini yang harus diharungi untuk melihat indah jalur pelangi yang menghiasi dalam lipatan diari..hanya sebatas ini untuk kita lalui dalam mencari semula harga diri..kerana sebatas ini cukup menguji Ayuh!!RED WARRIORS!!!Biarlah darah merah yang mengalir dalam urat urat nadi ialah darah pahlawan sejati pahlawan yang berani mati..tiada gentar walau nyawa menjadi galang ganti..selagi sedenyut nadi tidak terhenti ..selagi itulah jejak jejak ini harus kau takluki..Berjuanglah hingga ke titisan darah yang terakhir kerna pasti di hunjung sana indah namamu kan terukir nanti ..Sebatas ini cukup untuk kita mencipta sejarah yang bakal memahat dalam lipatan..indah KELATE KU disanjung bukan lagi hinaan dan cercaan.. Selamat berjuang ..kami sentiasa dibelakang..kala mendung atau gerimis mengundang..kerna percaya setiap yang berlaku mungkin ada anugerah dari Tuhan..kerana mungkin inilah ANUGERAH DARI SEJARAH HITAM

(Sumber kelate.net)